hmm..ni la gambar aku masa mgandg.masa tu dah nak masuk 8 bulan dah..hehe boleh tahan la besar gak perut tu kan.. aku tulis ni pun nak kongsi pengalaman masa mengandungkan ammaar dulu..hmm ni pun sebab ko lah pah beria nak aku tulis dalam blog ni..aku share la ckit apa yang aku lalui k.
masa mengandungkan ammaar aku memang x da alahan yang teruk,cuma morning sickness je pagi2 tu..makan memang aku balun je sume..x pantang sangat pun..memang selera besar je la hari2..cuma aku x boleh makan mi hun goreng je..kalau makan mesti terluah semula..tu je la pantang aku..padahal sebelum ni memg menu kegemaran tu..maybe ammaar tak suka kot hihi..
Semasa mengandung, aku dan suami TIDAK pernah terfikir tentang susu apa yang akan baby kami minum bila lahir nanti.aku lebih kisahkan di mana dia akan tidur,baju yang macam mana patut aku beli dan peralatan-peralatan yang diperlukan nanti. aku memang berhasrat nak breastfeeding ammaar sepenuhnya.sebab tu awal2 lagi aku dah beli spectra 3 breastpumpt kat jusco tebrau.harganya RM368.mula-mula tu rasa mahal gak tapi kalau dibandingkan dengan harga susu formula sekarang memang berbaloi.
Selepas ammaar dilahirkan memang banyak dugaan yang aku kena lalui.disebabkan susu aku masa mula2 dulu x banyak aku terpaksa bagi susu formula juga.lepas je kuar dari wad sebab anak aku kena kuning,aku berusaha bagi susu ibu semula.alhamdullillah,lepas berurut pengeluaran susu semakin lancar. Skang ni dapatla ammaar minum asi dengan exsklusifnya.masa dalam pantang memang ammaar tak kenal botol susu,selapas aku mula bekerja barulah ammaar terpaksa belajar minum menggunakan botol. betapa gigihnya aku mengepam susu dengan speactra 3 breastpump untuk mendapatkan stok yang lebih untuk ammaar. Antara idea awal yang aku dapat dari kawan-kawan tentang Breastfeeding ni ialah rupa-rupanya memang begitu breastfeeding concept - supply & demand. Semakin tinggi demand, semakin banyak supply yang dihasilkan
Indahnya anugerah Tuhan untuk ibu & anak aku melalui semua yang breastfeeding and pumping mom lalui. Mengepam di ofis 3 jam sekali, menyimpan dan membawa balik susu ke rumah.Perlu memikirkan tempat dan masa utk ‘curi2′ mengepam. Dan digelar ‘pembuat susu’ oleh teman-teman sepejabat. Aku tak pernah rasa malu walaupun menyusukan ammaar di tempat-tempat awam, kerana that’s what mother for.Believe me, you wont regret every moment that you had with your baby while feeding him. That’s just make you feel lucky being born as a MOTHER.