Rabu, April 29, 2009

Pengumuman penting !

1 mei ni kita orang nak adakan family gathering,so pada semua fmly jgn lupa tarikh tu
nanti, jumaat malam sabtu.ada buat BBQ dinner.makanan buat secara port luck.pada yang rezki
melimpah ruah tu boleh la sponsor apa2 yang patut.hope event ni dapat merapatkan hubungan
kita sekeluarga.yang jauh dirapatkan yang asing di kenalkan..ceh wah pepatah aku reka sendiri la tu..haha...

ok la jumpa on 1 mei nanti.tema pakaian merah dan hitam..kalau agak2 tak der warna tu pinjam la kat jiran-jiran ke kawan opis ke pun bole...masa berkumpul pukul 4petang.
pada sesiapa yang lewat tu kena denda kemas sampah sarap lepas habis majlis haha..ohh lupa plak..tempat kat umah tok pah..alamat kalau tak jumpa dah tak lama la tu...huhu..salam...jumpa
disana disana....

Mengantuknya...

pagi ni bangun lambat coz masing-masing dah bengkak mata melayan kerenah anak aku
yang bertuah ni...suami plak kebetulan tgk bola..bola bola bola...tu je la rutin yang pasti
dia akan ikuti...penyokong kuat chelsea la katakan..ada ke yang minat sama?

nak jadi cerita boleh plak baby ammaar ni merengek-rengek tak nak tdo..jam masa tu dah pukul 3.30pagi
ohhh..."my godness time to sleep la ammaar"...bole plak baby ammaar ni tersengeh-sengeh
bila aku dah bangun kan dia dari tempat tdo...adusss...besar je mata dia time2 pagi2 buta ni..ceria je muka dia..

apa nak buat ni...dah puas tdo agaknya..nak kata sakit perut tak da plak tanda-tanda..papa dia lak tgk tv kat hall...tgk2 bukan papa dia yang tgk bola bola yang tgk dia..apa lagi masukkan baby ammaar dalam buai enjut2 suh papa dia jaga...hmm x nak tdo gak..layan kan je la kerenah dia..

ntah macam mana le terpikir nak meniarapkan dia kat atas katil...tetiba je ada bau something
menusuk nusuk kat idung ni...allah...patutla...dia buat hasil rupanya."..hahaha..."
time tu dah dekat pukul 4 lbh dah...lepas salin pampers baru la baby ammaar ni tdo dengan
jayanya sampai mama and papa dia pun terlajak2 sama...ammaar ammaar...

Khamis, April 23, 2009

cara merangsang bayi

Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.
Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan. Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.
Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat



Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.
Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.
Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.
http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=161&Itemid=165

Perkembangan ammaar

20 April 2009-ammaar dah mula pandai tdo mengiring,sekarang ammaar dah berumur 4 bulan, seminggu, 1 hari

mak cik cda




Selasa, April 07, 2009

cadangan tempat hari keluarga
















Fishing Bay Resort
















hello..hello...saya pengacara anda..sofia disini..
dalam rancangan...bole bole bollywood....

ala-ala perempuan melayu terakhir gitu....ahaksss
hmm...mama tgh bersiap
ini la rutin harian aku..jap lg dah nak kena gi umah makcik midah ni...

Ammaar demam la mama.........

pakai tali pinggang keselamatan anda!..amaran polis diraja malaysia...

hye sume....ada gaya model x....?