Selasa, Mac 17, 2009

mama....tunggu ammaar....!

dah pandai tegakkan kepala dah..ammaar dah nak besar..ari ni 16 mac 2009
timang tinggi-tinggi sampai universiti...

Khamis, Mac 05, 2009

Time to Sleep











Cara Gembirakan Baby


Berikan kepadanya benda untuk dilihat. Bayi suka melihat benda yang berwarna cerah, berwarna warni, dan bergerak­gerak, serta muka manusia.Berikan bunyi-bunyian untuk didengar. Bayi gemarkan bunyi muzik dan irama kadangkala menggerak-gerakkan tangan serta kakinya mengikut rentak bunyi. Mereka juga suka mendengar suara orang terutama suara ibu dan ayahnya. Bercakap-cakaplah dengan bayi walaupun kamu rasa dia tidak faham.

Pegang dan peluk bayi. Bayi suka dirinya dipegang. Ketika mengangkat atau meletakkan bayi, sokong lehernya dengan sebelah tangan dan punggungnya dengan tangan yang satu lagi. Sentiasa berhati-hati agar memberi sokongan kepada bayi kerana bayi tidak boleh menyokong kepala sendiri sehingga berusia 2 bulan.


Bila Baby Menangis



Bunyi tangisan bayi berbeza-beza mengikut mood dan keadaan bayi dan kadang-kadang, sebab tangisan sukar dikenalpasti walaupun oleh ibubapa sendiri. Jika bayi menangis ketika anda sedang menjaganya, cuba semak kemungkinannya dari senarai berikut:
· Bayi mungkin lapar, sila semak masa susu terakhir?
· Bayi mungkin tidak selesa disebabkan lampin basah- tukar lampin
dengan yang baru.
· Bayi mungkin colik, sakit perut disebabkan oleh angin.
· Bayi mungkin merasa terlalu panas atau terlalu sejuk, cuba rasa
suhu dibelakang bayi. Alihkan kepada tempat sesuai.
· Bayi mungkin kesunyian dan inginkan teman, hiburkan dan gembirakan dia.
· Bayi mungkin keletihan tetapi tidak dapat tidur. Tenangkan bayi dengan membuai atau
memberikan muzik ringan. Ia memudahkan bayi tidur dengan nyenyak.

Selasa, Mac 03, 2009

Kata-kata Hikmat

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.


Teknik tido yang betul.....hihihi

My Family

Seronok sampai ada yang tertido time majlis berlangsung.huhuhu......





Majlis Persandingan Didie





Majlis Persandingan Didie pada 1 Mac 2009.Pernikahan berlangsung pada 28 Februari 2009 pada pukul 10.00 mlm..Dengan 2 kali lafaz sah la didie menjadi isteri orang.Ini merupakan majlis perkahwinan pertama dalam keluarga anak Pak Ngah.Semoga berbahgia dan berkekalanlah hendaknya hingga ke akhir hayat.

My Ammaar Khairullah






Pada tanggal 12 Disember 2008 aku selamat melahirkan seorang baby lelaki seberat 3.2kg.Masuk labour room pukul 9 pagi dan selamat melahirkan baby pada pukul 12.55tgh.Baby ni kami beri nama Ammaar Khairullah bin Khairul Izwannizam.




Anak mama Ammaar Khairullah kini telah berusia 2 bulan 3 minggu. Banyak perubahan dari hari ke hari pada anak mama.Pagi semalam dah pandai tegakkan kepala.senyum je sambil memandang papa dan mama bila di panggil namanya.semoga anak mama terus ceria.