Khamis, Mac 05, 2009

Bila Baby Menangis



Bunyi tangisan bayi berbeza-beza mengikut mood dan keadaan bayi dan kadang-kadang, sebab tangisan sukar dikenalpasti walaupun oleh ibubapa sendiri. Jika bayi menangis ketika anda sedang menjaganya, cuba semak kemungkinannya dari senarai berikut:
· Bayi mungkin lapar, sila semak masa susu terakhir?
· Bayi mungkin tidak selesa disebabkan lampin basah- tukar lampin
dengan yang baru.
· Bayi mungkin colik, sakit perut disebabkan oleh angin.
· Bayi mungkin merasa terlalu panas atau terlalu sejuk, cuba rasa
suhu dibelakang bayi. Alihkan kepada tempat sesuai.
· Bayi mungkin kesunyian dan inginkan teman, hiburkan dan gembirakan dia.
· Bayi mungkin keletihan tetapi tidak dapat tidur. Tenangkan bayi dengan membuai atau
memberikan muzik ringan. Ia memudahkan bayi tidur dengan nyenyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan