Khamis, Mac 05, 2009

Cara Gembirakan Baby


Berikan kepadanya benda untuk dilihat. Bayi suka melihat benda yang berwarna cerah, berwarna warni, dan bergerak­gerak, serta muka manusia.Berikan bunyi-bunyian untuk didengar. Bayi gemarkan bunyi muzik dan irama kadangkala menggerak-gerakkan tangan serta kakinya mengikut rentak bunyi. Mereka juga suka mendengar suara orang terutama suara ibu dan ayahnya. Bercakap-cakaplah dengan bayi walaupun kamu rasa dia tidak faham.

Pegang dan peluk bayi. Bayi suka dirinya dipegang. Ketika mengangkat atau meletakkan bayi, sokong lehernya dengan sebelah tangan dan punggungnya dengan tangan yang satu lagi. Sentiasa berhati-hati agar memberi sokongan kepada bayi kerana bayi tidak boleh menyokong kepala sendiri sehingga berusia 2 bulan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan