Khamis, Januari 28, 2010

28.01.2010

hari ni....hari yang sungguh memenatkan...keja keja keja...
selagi terdaya....bekerja dengan kerenah user memangla memenatkan..
kesabaran jela yang menenangkan hati dan perasaan..
Semakin dah dewasa ni, semakin aku menyedari manusia hidup dimuka bumi ini
perlu banyak memikul amanah...kadang-kadang hati kecil ini selalu mengeluh...tapi cepat2
aku beristifar semula...
semalam semasa hantar ammaar ke rumah pengasuh, pertama kali melihat dia menangis
kerana ditinggalkanku..sayu hati ni melihat air mata anak kesayanganku sorang ni..apakan daya
mama mu ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan diluar sana...semoga anak mama tabah menjadi dewasa...mama sentiasa disisimu...
semalam juga lah ammaar dah mula menunjukkan langkah nya berjalan lebih dari 3 tapak seperti biasa...teruja sungguh aku dan suami melihatnya...dia semakin berani untuk berjalan..syabas anak mama..chia yo! chia yo!....