Khamis, Jun 09, 2011

cabaran hari ini

hari ni..hari khamis,mama baru je nak start ganti puasa..hehe ambil berkat sempena dan masuk bulan rejab ni...mgu ni berusaha keras mengepam setiap 3 jam untuk dapatkan stok susu yang mencukupi..alhamdulilah..allah sentiasa bersama hambanya yang berusaha..bimbang bila puasa tak dapat perah susu yang cukup untuk adeeb..tapi alhamdulilah..walaupun puasa hari ni,mama dapat 11oz untuk 2 kali perah..merundum la jugak..tapi tak la ketara sangat..alhamdulilah..mudahan2 susu mama sentiasa cukup untuk anak mama..adeeb sekarang dah 8 bulan 2 minggu..dah pandai nak berdiri sendiri..mulut nya petah je menyahut dengan bunyi yang aku pun tak paham..hehe..merangkak pun dah laju jer..dah kuat makan pun skang ni..gigi dah ada 4 batang..tengah nak kuar lagi sebatang bahagian dalam gigi..alhamdulilah dia tak meragam..sentiasa senyum jer kalau ditegur..geram mama dibuatnya..pengasuh adeeb yang baru ni pun serasi dengannya..alhamdulilah dah semakin montel anak mama sekarang..

Jumaat, Mei 06, 2011

sahabat baru

salam , rasa nak kongsikan pengalaman terindah saya kepada all mummy's out there..saya mempunyai seorang baby lelaki yang kini telah berusia 7 bulan, sangat comel dan manja,masih lagi menikmati susu ibu secara xklusif dari mamanya..alhamdulillah..adeeb amrullah namanya..

sejak bertemu dengan sahabat baru ni..kehidupan menjadi lebih mudah,kemana-mana akan saya bawa bersama sahabat saya ni..saya diperkenalkan sahabat saya ni dengan rakan sekerja tentang kebaikannya..saya cuma mengenalinya..setelah 2 bulan bersamanya kini saya yakin dia adalah sahabat terbaik yang perlu sentiasa saya dampingi..dengan adanya dia, adeeb tidak lagi alergik pada kulitnya..kulit adeeb sebelum ni mudah melepuh dan melecet sampai kemerah-merahan di celah2 pelipat dan dadanya..kesian sangat mesti menangis kalau terkena air..dia boleh menangis dari pukul 2ptg sampai pukul 5ptg tak berhenti menahan kesakitan..sedihnya hati ni sebagai seorang ibu tak dapat menenangkan anaknya yang sedang kesakitan..setelah bersama sahabat baru ku ini, kulit adeeb tidak lagi melecet..sentiasa tersenyum gembira seperti sekarang
adeeb juga alah pada susu formula..aku pernah cuba beri dia susu formula,lepas beberapa minit mulut dia akan keluar ruam-ruam merah..dia akan batuk-batuk dan selepas itu akan memuntahkan semula semua susu yang diminumnya..aku tidak menyangka sampai begitu sensatifnya perut anakku pada waktu itu,aku kekurangan stok susu dan terpaksa mencuba untuk campur susu formula..aku terpaksa tidak menghadirkan diri berkursus disebabkan susu tidak mencukupi untuk bekalan selama seminggu ketiadaan aku nanti..tapi kini,setelah bertemu sahabat baru ku ini, bekalan susu semakin banyak,pengeluaran susu juga bertambah.susu juga bertambah pekat berbanding sebelum ni,nampak lebih berkrim dan berzat..hasilnya anak aku bertambah aktif dan ceria jer selalu..selain tu,saya ni jenis yang tak berpantang dalam pengambilan makanan harian terutama sekali bab minuman berais ni,orang kata ibu yang menyusukan anak ni kena lah berpantang bab makan ni takut effect kat kesihatan anak.adeeb dulu selalu jer selsema hehehe sorry la adeeb...tapi sekarang dah x selsema lagi dah walaupun saya minum ais hehehe bestnya...

inilah sahabat sejati ku itu,yang sentiasa berdampingan dengan aku ke mana saja aku pergi, dia cukup membantu kehidupanku,seharian penat bekerja dan menguruskan 2 orang anak lelaki yang comel cukup mencabar..vitamin shaklee telah memberikan saya tenaga dan semangat dalam menguruskan rumahtangga dengan lebih sempurna.


ShakleeTrialPack.com sering muncul di majalah Pa&Ma hasil sokongan pengguna setianya. Selain khidmat sokongan yang begitu memuaskan, kami juga menjanjikan hadiah agar lebih nilai kepada wang anda. Lawati ShakleeTrialPack.com hari ini atau hubungi terus Mommy Lyna (pengasas) di talian 012-2811136.

Rabu, Mac 16, 2011

adeeb 5 bulan


adik!...ikut abang eah...1 Malaysia!!!....hehehee...


lena betul adeeb tido...

lepas susu memang ceria camgini...


nape ni..cam takut kena rotan jer..hehe

adik dah nak pandai meniarap la mama...

Vitamin


Hari ni sampai je kat tempat keja perkara pertama yang aku pikirkan macam mana lah agaknya perubahan pada warna susu perahan aku...aku telah mencuba satu produk baru ni jenama shaklee yang disyorkan oleh teman sekerja..kami selalu bertukar2 pendapat dan masalah..suatu hari dia menceritakan perubahan pada air susu perahan jika makan produk ini,vitamin ini tidak menambahkan bilangan susu sebaliknya hanya menambah kepekatan kandungan susu..susu perlu sentiasa stimulasi untuk mendapatkan hasil yang optimum..dia menceritakan bayi akan lebih cepat kenyang disebabkan kandungan susu telah menjadi pekat..al kisahnya aku memang kritikal sangat dengan simpanan asi yang sedikit sangat...macam mana nak buat stok susu..aku teruja untuk mencuba produk ini...dibeli secara online...semalam baru makan satu set pagi ni..wahhh..ternyata susu yang diperah lebih pekat warnanya..mungkin lepas ni dari 3 botol boleh jimat sebotol untuk dihantar ke pengasuh..hehehe barulah boleh bt stok susu yang mencukupi sekiranya aku kena berkursus nanti...perbezaan yang ketara...

semoga mama berjaya menyusukan anak mama secara xklusifnya sehingga 2 tahun...amin..
adeeb amrullah alah pada susu formula haiwan atau soya..mulut adeeb akan keluar ruam2 merah yang merengsakan,,kesian sangat mama tgk..pertama kali aku cuba bagi dia susu soya..dia minum sampai habis...lapar agaknya..lepas beberapa minit aku hairan ternampak bintik2 merah dikeliling kawasan mulutnya..adeeb menangis sambil terbatuk2..lepas beberapa minit selepas itu dia memuntahkan semua susu yang telah diminum tadi,,,alhamdulilahh baru la dia berhenti menangis dan merah dikawasan mulutnya berkurangan...maafkan mama sayang...
susu mama adalah yang terbaik untukmu...

Rabu, Januari 19, 2011

adik...




hari pertama

lama dah tak update blog ni..sebelum ni perkembangan ammaar mesti tak miss nak update..skang dah ada adik x sempat plak..siann adik..mama nak cerita dari awal..adik dilahirkan pada tanggal 23 september 2010..penantian yang ditunggu2 dan akhirnya adik selamat dilahirkan pada hari khamis..bersamaan pukul 10:30pg..alhamdulillah..mama dapat seorang lagi permata hati yang telah diberi nama Adeeb Amrullah..yang bermaksud seorang yang beradab dan berpengetahuan, mengikut perintah Allah...









1 malaysia !









teringatkan aksi2 ammaar bila bergambar jer mesti nak tunjuk 1...