
Rabu, Julai 15, 2009
Khamis, Jun 11, 2009
bubur with brokoli

resepi bubur untuk anak mama yang kini telah berusia 6 bulan lebih. resipi ni mudah,ringkas dan berkhasiat.so far ammaar suka dan berselera sangat berbanding nestum atau makanan segera yang lain.so,mama dia kena la rajin buatkan dia bubur.hehe..
Bahan-bahan
segenggam beras
semangkuk air
sehiris halia
sedikit kiub perasa ayam
brokoli
Cara-cara basuh beras sehingga bersih,masakkan bersama semangkuk air.setelah menggelegak bolehlah dimasukkan halia, sedikit kiub perasa ayam dan sayur brokoli.bila dah cukup kembang,biarkan sejuk sebentar kemudian diblend sampai betul2 halus.siap untuk dihidang.mudah je kan..resepi ni juga dapat mengelakkan anak kita dari sembelit tau.kalau nak lebih kreatif tukar2 la dengan sayuran lain seperti karot.selamat mencuba!
macaroni goreng with cheese

ini lah resepi makan malam yang mudah dan ringkas.hubby dah semakin naik berat badan.kiranya ni menu berdiet kita org arr time dinner.hehe cubalah..pasti sedap dengan sentuhan tangan sendiri...
Bahan-bahan
Setengah biji bwg besar (potong dadu)
2 biji bwg putih
2 sudu tomato puree
2 sudu cili boh
sedikit daging cincang
2 sudu susu segar atau santan
semangkuk macaroni
2 keping keju cheddar(parut)
sedikit minyak masak utk menumis
sedikit garam dan ajinomoto
Cara-cara
Rebuskan macaroni sehingga kembang,kemudian dah sudah,tos kan air
tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar atau santan.
bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto secukup rasa.tu je..so,cubalah..
Khamis, Mei 28, 2009
ponn ponn..!
Jumaat, Mei 08, 2009
cerita terindah

4month old : sekarang ammaar dah pandai senyum & pandang kamera.ammaar dah pandang2 orang & mengenali org terdekat, dah pandai tegakkan leher.dah pandai pandang sesiapa saja memanggil nama dia, dah pandai tido mengereng, dah pandai angkat kepala kalau di dukung. Dah pandai amik perhatian mama dan papa dah pandai belajar meniarap sendiri. Leh ketawa bila diagah, mudah tersenyum, dah pandai tgk tv terutama rancangan aksi dan berita mmg x berkelip matanya. Dah pandai tegakkan kaki bila ditimang papanya,dah macam superman.dah pandai buat bunyi melalui lidah & mulut.suka sangat hisap jari jemari tu,naik basah lencun sarung tangan tu dibuatnya. suka memerhatikan gerakan sekeliling dia, dia paling suka pandang kipas yang tengah berpusing. Suka membebel & mengajuk percakapan yang hanya dia yang faham. Yang paling best sekali, masa tu dia baru baik dari demam.aku bertanya la änak mama dah baik demam dah?..”(walaupun mengetahui bukan dia le jawap pun)..tapi jangan terperanjat la bila ammaar le plak sebut "DAH...." .memang terlopong gak la masa tu mulut mama dan papa dia…hahaha….
Pengalaman yang terindah







