Jumaat, Oktober 09, 2009

Jom masak Mi Bandung


Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak mi bandung mycinta :-

sebungkus mi kuning
sepeket fish ball
sotong yang dihiris kecil
2 biji telur
3 sudu lada cili kering yang telah dikisar
segenggam udang kering
3 ulas bawang putih
sebiji bawang merah
sayur sawi
air masak 1 cawan
secubit garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak masak
sebiji tomato
semangkuk kasih sayang

Cara-cara membuatnya:-

masukkan sedikit minyak,tumis bawang putih,bawang merah dan udang kering yang telah ditumbuk bersama.
masukkan 3 sudu lada cili, bila dah garing,kemudian masukkan secawan air.masukkan juga secubit garam dan ajinomoto.biar dia bergelegak,masukkan sayur sawi, fish ball yg telah digoreng, masukkan tomato yang telah dipotong dadu.akhir sekali masukkan mi kuning dan pecahkan 2 biji telur.gaul rata bersama semangkuk kasih sayang. siap untuk dimakan.simple...

selamat mencuba...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan