Jumaat, Oktober 09, 2009

spegeti my cinta

BAHAN-BAHAN :-

Sepeket mi spegeti
1 biji tomato
1 biji sayur brokoli
beberapa ekor udang
2 biji bawang putih
sebiji bawang merah
lada hitam
secubit garam
sedikit perasa ajinomoto
sedikit minyak masak
semangkuk kasih sayang

CARA-CARANYA:-

rebus mi spegeti sampai cukup kembang,masukkan sedikit minyak dan garam ke dalam mi yang direbus tadi ssupaya mi tidak melekat. bila cukup kembang,angkat dan toskan airnya.
kemudian,masukkan sedikit minyak,tumis bawang putih,bawang merah yang telah dihiris.masukkan udang,sayur brokoli yang telah dihiris, secubit garam,sedikit ajinomoto.masukkan mi spegeti dan letakkan sedikit serbuk lada hitam.gaul rata bersama semangkuk kasih sayang,siap untuk dihidang.


Taraaa,...selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan