Khamis, Disember 31, 2009

catatan khamis 31 disember 2009

nampaknya hari ini hari terakhir aku berada dalam tahun 2009...selamat tinggal tahun 2009.banyak kenangan manis dan pahit ketika bersamamu...semuanya berlalu begitu cepat rasanya..besok dah pun bermula tahun 2010. wow...happy new year!! semua...akan bermula lah capture baru dalam hidup aku...diam tak diam dah setahun 3 minggu dah aku bergelar seorang mama muda...hmm begitu banyak pengorbanan dan pengertian yang bermakna telah kutempuhi..juga telah mematangkan aku sebagai insan kerdil di muka bumi allah ini.

Tahun depan hmm bersamaan hari esok...huhh..x penah pun celebrate..time anak2 muda tgh count down kat dataran aku ngn family sudahpun lena diulit mimpi seperti tahun sebelumnya..apa yang penting kehidupan untuk tahun 2010 ini aku berazam untuk memperbaiki kelemahan diri..menjadi hamba allah yang bertaqwa dan mama yang disegani..semoga keluarga bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki hendaknya...aminn...

bercerita tentang ammaar...hmmm dah setahun 3 minggu dah baby boy ku ini.semakin hari semakin bijak dan manja jadinya...semakin sensatif terhadap keadaan sekeliling.dah banyak memahami perkataan dan arahan yang tuturkan.gigi pun dah ada 5 batang di bhgn atas dan masih 2 batang je bhgn bawah.minggu ni asik nak mengigit mamanya je...nak tumbuh gigi mungkin tidak selesa agaknya..aku pasrah je kadang2 menahan sakit..demi untukmu anakku..walaupun pedih bila kena air time mandi selagi berdaya ku tahan kan jela..haha..

ungkapan malang tidak berbau..tu lah yang terjadi pada aku sekeluarga.kami terlibat dala kemalangan jalan raya..pertama kali dalam hidupku..hampir2 terlanggar pokok.huhh,,hanya tuhan shj yang tahu..mungkin kami terselamat di atas lindungan yang maha esa juga..kalau tak mungkin juga hari ini aku tidak dapat menulis disini sebaliknya berada di ICU...minta dijauhkan..
aku bersyukur kami selamat hanya kenderaan yang teruk sedikit kena rempuh dari tepi.nasib semuanya dapat diselesaikan dengan mudah.alhamdulillah...

selamat tinggal tahun 2009....
selamat bertemu tahun 2010...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan