Khamis, Disember 03, 2009

usia 11 bulan

sekarang ammaar dah semakin faham bahasa yang diperkataan mama & papanya...terutama perkataan jangan..dah faham dah...tapi kadang2 semakin dilarang semakin menjadi2 plak..haha..dah pandai marah2 dah bila ditegah mengambil atau berbuat sesuatu..siap tepuk dengan tapak tangan lagi sambil mengeluarkan bunyi dengus..hai anakku..dah mula belajar marah dah eaa...

saat yang paling menceriakan kami bila disebut "siapa nama ammaar angkat tangan!.." bukan main laju dia angkat tangan,seakan bangga diberi namanya itu. lepas tu siap tepuk tangan lagi untuk diri sendiri.memang dah semakin cerdik nampaknya anak mama ni...seronok betul bermain dengan ammaar sekarang ni,..dah pandai bagi respon dah..

dah pandai jeles pun ia jugak,pantang la kalau papa dia saje je menyakat" papa sayang mama...(sambil suami aku memeluk aku)..laju je ammaar akan merangkak datang kat aku walaupun masa tu tengah khusyuk main permainannya..terus je dia peluk n cium2 aku...kelakar betul..papa dia pun hairan ngan papa sendiri pun nak jeles..

banyak perkataan yang aku cakap sekarang ni dia dah boleh faham..bila aku kata "mama minta sayang benda tu..ammaar x boleh main ni.." dia akan campak atau beri kepada aku...tgk mood dia la time tu hehe...

dah pandai meragam jugak kalau sesekali tak beri dia perhatian bila dia nak bermanja-manja dengan papa dan mamanya..

yang paling senang skang ni,dah pandai minum susu dari botol sendiri.before this dia bf so memang susah la kalau nak bagi susu botol ni..nak habiskan lagi la susah..tapi skang ni dah tau dah time minum susu n kalau minum memang habis dan kerap la..skang papa dia dah ada tugas rutin tambahan la.."hari2 aku akan kata "papa tolong buat susu ammaar"..hehe suami aku senyum je dengan rela hati..alhamdulillah kami saling bantu membantu dalam urusan rumahtangga. ammar pun dah pandai bertatih-tatih nak berjalan..asik jatuh jela kejanya..kadang2 risau jugak..time ni memang kena bagi xtra perhatian kat dia..pantang nampak benda yg dia boleh berpaut dia akan belajar berdiri sendiri..tapi kalau dah jatuh nangis kejap je..pastu dah lupa dah...

dalam banyak2 permainan bola je yang menjadi kegemaran dia..mainan lain sekejap je dia main..tapi kalau dengan bola..hmmm..sepanjang hari pegg bola je pun tak pe..papa nya dah ajar dah cara nak baling, sepak n bamm bola tu..bukan main suka lagi kalau diajak bermain sama..bapak borek anak rintik la katakan..hahaha...kalau tengok iklan bola tu,memang dah tak hirau benda lain dah,kita panggil pun dia buat dek je...memang dah faham sgt la....

semoga anak mama terus ceria di hari2 mendatang...u ar my junior hero..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan